Alongkah aku??
Ini kisah tentang aku, “Along”kah aku?
Aku anak sulung dari 6 adik beradik, aku berumur awal 30an. Aku sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak lelaki. Kisahku bermula di sini.
28/02/1991 aku dilahirkan di Hospital University Kuala Lumpur pada jam 6:45pm., setelah hampir 5jam mak bertarung nyawa untuk melahirkan aku. Terima kasih mak bawa along keluar ke dunia yang fana ini. Setelah 3 hari di hospital, aku dan mak pulang ke rumah untuk mak sambung berpantang. Aku ditatang bagai minyak yang penuh oleh semua orang (moyang abah, moyang mak, opah, atuk dan nenek) kerana aku adalah cicit, cucu dan anak pertama dalam keluarga besar kami. Mungkin pada masa itu aku adalah manusia yang paling bahagia dalam dunia, berdasarkan cerita-cerita yang mak pernah cerita padaku selama ini.
Tapi mungkin aku menjadi kesayangan tak lama, kerana pada 14/06/1992 lahir lagi seorang anak mak. Kali ini mak dan abah dapat anak lelaki. Pasti mak dan abah gembira kerana dah cukup sepasang. Cuma berdasarkan cerita mak, mak sedih masa lahirnya adik aku sebab adik aku disahkan down syndrome. Mak kecewa, tapi tak lama, kerana apa pun yang berlaku rezeki dan takdir setiap manusia sudah tertulis. Maka mak dan abah pun berdamai dengan takdir dan membesarkan aku dan adik aku dengan penuh kasih sayang. Selang beberapa bulan kemudian pada 28/05/1993 aku dapat lagi seorang adik lelaki.
Tapi kali ini ceritanya berbeza sedikit kerana mak lahirkan adik aku ni di kampung mak. Selepas mak habis pantang, mak pulang kerumah tapi hanya membawa adek aku yang kedua saja tanpa adik aku yang ketiga. Mak aku tinggalkan adik ketiga sebab mak balik kampung seorang diri, jadi tiada siapa dapat pegang adik ketiga untuk menaiki kapal terbang. Ikutkan cerita, adik ketiga aku akan duduk di kampung untuk tempoh 4-5 tahun sahaja dengan dijaga oleh maklong aku yang belum ada rezeki menimang cahaya mata pada waktu itu. Tapi setelah 5 tahun, sekali lagi mak aku terpaksa berdamai dengan takdir, untuk menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya adik ketiga aku kepada maklong atas pujuk rayu nenek aku. Aku tahu mak dan abah menuruti dalam keadaan terpaksa, tapi kerana taknak derhaka, maka mereka menuruti permintaan nenek. Sekali lagi mereka diuji dan masih memilih untuk berdamai dengan takdir. Aku bangga dan kagum akan kecekalan mereka.
Selang 4 tahun kemudian, mak mengandung lagi. Pada 22/12/2017, mak lahirkan adik keempat aku. Kali ni aku dapat adik perempuan. Dia comel, semua orang sayang dan suka dia. Adik kedua aku sangat menyayanginya. Kadang aku cemburu kerana semua orang bagi perhatian padanya, aku hilang perhatian dari orang2 yang selama ini menatang aku bagai minyak yang penuh. Aku pernah kata aku benci dia, sebab semua orang sayang dia dan sebabkan dia, aku kurang kasih sayang dan kurang tempat bermanja, tapi tu dulu sebelum aku betul betul dewasa. Kini, aku sangat menyayanginya, bahkan aku tidak boleh melihat kesedihannya. Jika sakit dirinya, maka sakit juga yang aku rasakan. Aku sayang dia.
Pada 14/10/2020, aku dapat lagi seorang adik perempuan. Kali ni lain perasaannya, aku tak berapa ingat jalan kami membesar bersama, mungkin kerana adik aku yang seorang ni sangat introvert orangnya. Dari kecil lagi dia memang susah untuk berenggang dengan mak, dia sangat susah untuk rapat dengan orang lain selain mak. Kami gelar dia nonanangis kerana dia sangat suka nangis. Jangan siapa siapa berani cakap dia tak cantik, dia akan menangis sampailah orang tu cakap dia cantik semula. Sangat lucu perangainya, dia sangat rapat dengan mak sampailah dia dimasukkan ke asrama pada usianya 11 tahun. Jadi tak banyak cerita kami membesar bersama kerana terlalu awal kami berpisah haluan.
Empat hari sebelum aku melangkah ke alam pengajian tinggi iaitu pada 10/09/2024, adik aku yang terakhir lahir ke dunia. Aku tak tau perasaan apa yang aku rasakan pada masa itu, umur aku 18 tahun pada masa itu, jadinya jarak beza umur kami adalah 18 tahun. Hahaha. Tapi yang aku ingat aku sangat sayang dia, sebab dia sangat baik bagi aku. Dia masih kecil tapi sangat memahami keadaan semasa dan sangat mudah untuk dijaga. Dia lahir di saat keluarga kami pada fasa yang paling bawah, tapi disebabkan kematangannya, kami tak rasa dia membebankan kami, dia sangat menghiburkan kami. Kami sangat menyayanginya.
Cukup dulu pengenalan tentang adik beradik aku. Aku akan sambung semula cerita tentang aku ni esok. Terima kasih pada yang sudi membaca sampai habis. Cerita aku tidak terhenti di sini, harap kamu semua sudi untuk menunggu dan membaca lagi sambungan tentang aku.
Comments
Post a Comment